Ibu Pejabat
WS Kuala Lumpur & Selangor
No12 Jalan SS15/4C,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-56382041
Fax : 03-56382071
Cawangan - Cawangan
Sabah
Tingkat 3, Lot 33, Blok E,
Lorong Ikan Juara 3,
Sadong Jaya, Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah.
Tel : 088-261417
Fax : 088-239800
Pejabat Daerah Cawngan Sabah
Papar
Tingkat 1, Jalan Dewan Dato' Salleh Sulong,
Papar.
Beaufort
Beaufort Jaya, Blok D, Lot 26,
Beaufort, Sabah.
Tenom
Bangunan Mini Emporium,
Lot No 6, Tingkat 1,
Tenom Sabah.
Saga Security Services Sdn Bhd
Tuesday, January 11, 2011
Thursday, January 6, 2011
Modul Projek
Bagi memastikan pengawal-pengawal dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan mengurangkan liabiliti terhadap pelanggan dan syarikat, pihak syarikat akan membuat tinjauan keselamatan di tapak projek sebelum memperolehi sesuatu kotrak.Ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan risiko terhadap kawasan tersebut.Kawasan-kawasan yang diberi kautamaan adalah seperti berikut :-
- a) Kawasan pagar (1st line of defence)
- b) Kawasan dalam pagar (2nd line of defence)
- c) Kawasan bangunan (3rd line of defence)
Aspek penelitian yang akan dititikberatkan terhadap kawasan-kawasan tersebut adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang berikut :-
- a) Adakah pengurusan kawasan pagar dijaga dengan baik supaya tidak dicerobohi oleh orang awam?
- b) Adakah kawasan didalam pagar menepati ciri keselamatan supaya rondaan dapat dijalankan dengan berkesan?
- c) Adakah bangunan yang sedia ada dilengkapi dengan alat keselamatan dan tidak mudah dicerobohi termasuk sistem IDS?
Selepas perkara-perkara ini diteliti, pihak syarikat kemudian akan membuat analisis dan cadangan bagi meningkatkan mutu keselamatan yang sedia ada secara bertulis kepada pelanggan setelah menerima sesuatu kontrak.
2.Pengambilan Anggota Dan Tapisan Keselamatan
Aspek ini amat penting bagi memastikan kualiti kawalan keselamatan mencapai tahap yang diharapkan.Berkaitan dengan perkara ini, aspek-aspek yang akan diberi tumpuan adalah seperti berikut:
- a) Tapisan Keselamatan (vetting)
- b) Pemeriksaan air kencing
- c) Pemeriksaan tahap kesihatan
- d) Pengawal yang dipilih telah menghadiri Kursus Asas Keselamatan
- e) Pengawal lama yang mempunyai pengalaman dan rekod yang baik
- f) Mengadakan kursus bagi anggota-anggota baru yang terpilih sebelum bertugas
Senarai nama pengawal yang dipilih kemudian akan dihantar ke Kementerian Dalam Negeri (KKDN) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk dibuat tapisan keselamatan secara on-line.Pengawal-pengawal tersebut juga dimestikan menjalani pemeriksaan air kencing seperti yang disyaratkan bagi memastikan pengawal-pengawal tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Ini termasuk pemeriksaan kesihatan bagi memastikan setiap anggota yang dipilih adalah sihat dari segi fizikal dan mental.
3.Latihan Asas Pengawal Keselamatan
Anggota yang terpilih akan menghadiri latihan dan mesti memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tapisan keselamatan daripada KKDN.Tapisan keselamatan dilakukan bagi memastikan perkhidmatan kawalan keselamatan tidak menghadapi masalah dalam memenuhi majoriti 60% daripada pengawal-pengawal yang berkhidmat dengan syarikat setelah menjalani Kursus Asas Keselamatan serta mempunyai ‘track’ rekod yang cemerlang.Bagi anggota yang baru, mereka akan diwajibkan menghadiri kursus sekurang-kurangnya empat (4) hari.Antara modul kursus yang ditetapkan adalah seperti berikut :-
- a) Mencegah Kebakaran
- b) CPR
- c) Asas Undang-undang
- d) Industri Keselamatan
- e) Kawad
- f) Seni mempertahankan Diri
- g) Dadah
- h) Dan Lain-lain
Kursus ini akan dijalankan oleh syarikat ini sendiri kerana syarikat ini adalah salah satu syarikat yang mempunyai jurulatih yang diiktiraf oleh pihak KKDN bagi melatih pengawal-pengawal keselamatan di Sabah.Jurulatih lain yan terlibat adalah daripada agensi dan jabatan seperti berikut :-
- a) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- b) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- c) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)
- d) Kemeterian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
- e) Agensi Dadah Kebangsaan (ADK)
4.Struktur Organisasi Unit Operasi Dan Kawalan Keselamatan
Untuk memenuhi kehendak pelanggan, syarikat telah merangka satu organisasi yang sistematik dan berkesan serta bertanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat dijalankan dengan lebih efesien dan berkualiti.
Antara jawatan penting dalam organisasi ini adalah :-
- a) Ketua Pegawai Operasi
- b) Ketua Lokasi
- c) Timbalan Ketua Lokasi
- d) Anggota Pengawal
- e) Anggota Tambahan (Kos Dibawah Tangungan Syarikat)
5.Pengurusan Dan Pengawasan Operasi
Oleh sebab pengarah cawangan ini mempunyai pengalaman bertugas di beberapa jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Sabah, pihak syarikat telah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan pengurusan pentadbiran dan operasi memenuhi jangkaan dan kehendak pelanggan.Ini termasuk arahan-arahan berkaitan tugas-tugas yang teliti dan kekerapan pemeriksaan dan rondaan termasuk perhubungan yang baik dari aspek keselamatan.Ini termasuk kahadiran di mesyuarat ibu pejabat dan lokasi dari masa ke semasa.Selain itu juga, pengarah akan memastikan arahan-arahan yang dikeluarkan dipatuhi dan difahami oleh pengawal bertugas.
Pentadbiran dan operasi penting bagi pihak syarikat bagi menentukan keberkesanan serta kualiti kerja pengawalan keselamatan beroperasi dengan baik.Antara perkara yang dititikberatkan adalah seperti berikut :-
- a) Arahan dan peraturan yang ditetapkan
- b) Rondaan dan pemeriksaan
- c) Perhubungan baik dengan pelanggan
- d) Laporan Perkhidmatan dan Penyiasatan
- e) Kerjasama Antara Pengawal Keselamatan Saga Security Services Sdn Bhd dan Kakitangan Pelanggan dalam Aspek Keselamatan.
Pengenalan Syarikat
01.1.Latar Belakang Syarikat
Ibu Pejabat
SAGA SECURITY SERVICES SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada 26 November 1991 betempat di No.12, Jalan ss 15/4C, 87500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.Anggota-anggota Lembaga Pengarah yang terlibat terdiri daripada bekas Pegawai Kanan Jabatan Penjara dan syarikat swasta yang berpengalaman serta berkelulusan.
Syarikat ini juga mempunyai kakitangan pengurusan yang berpengalaman dalam bidang kawalan keselamatan hampir 25 tahun.
Kami juga mempunyai pegawai operasi dan pengawal keselamatan yang terdiri daripada bekas-bekas anggota Rela dan Polis Bantuan.
Cawangan Sabah
Dari tahun ke tahun, syarikat ini telah berkembang dan bertambah maju.Ini telah mendorong syarikat ini untuk membuka cawangan di Sabah yang ber ibu pejabat di Sadong Jaya Karamunsing, Kota Kinabalu.Cawangan ini telah dibuka dan mula beroperasi pada 12 Julai 2005.Kakitangan syarikat terdiri daripada orang berpengalaman dan berkelulusan ijazah daripada university tempatan.Setelah beberapa tahun beroperasi, syarikat cawangan telah membuka beberapa pejabat daerah seperti daearah Beaufort, Papar, Kudat dan Tenom.Ini untuk melicinkan lagi operasi bagi setiap lokasi yang jauh daripada
Subscribe to:
Posts (Atom)